SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SKUS

Tuesday, August 4, 2009

Sejarah Sekolah

SEJARAH SEKOLAH


Sekolah Kebangsaan Ulu Semenyih dibina pada tahun 1915 oleh Kerajaan
Inggeris di lot No. 1062 Batu 24 Jalan Sungai Lalang di tapak seluas 5.00 ekar. Sekolah ini didirikan bagi kemudahan anak-anak Kampung Sungai Pening,Kampung Sungai Lalang dan Kampung Machang untuk belajar.
Batu 24 dipilh kerana tempat ini terletak dipertengahan antara tiga-tiga kampung tersebut. Sekolah yang dibina merupakan sebuah bangunan kayu beratapkan genting dan berdinding sekerat. Tiga orang guru ditempatkan mengajar di sekolah yang diketuai oleh Encik Mohd Sari sebagai Guru Besar.
Pada tahun 1946 En Ismail Bin Haji Shahbuddin menjadi Guru Besar sekolah
ini bersama dua orang guru lagi.Penduduk kampung bergotong –royong membuat bangunan tambahan yang beratapkan daun rumbia kerana kanak-kanak bertambah ramai bersekolah.
Sebagaimana yang diketahui sekolah ini adalah sekolah terpencil dan kawasan
ULU SEMENYIH adalah kawasan HITAM. Oleh itu, persekolahan kerap kali terganggu disebabkan PKM.Guru-guru sekolah ini tidak terlepas dari kempen( Bulan Rakyat Melawan Pengganas). En Abd. Aziz bin Buyung, Guru Besar sekolah ini pada 26/02/1950 telah menjalankan kempen tersebut. Pada 01/07/1951 dan 02/07/1951 Sepasukan askar British yang beroperasi di kawasan Hulu Semenyih telah merosakkan peralatan sekolah ini.
Bangunan asal sekolah ini yang dibina pada tahun 1915 tidak mencukupi untuk
menampung jumlah murid apabila berlaku pertambahan murid. Dalam tahun 1960 kerajaan telah mendirikan bangunan mengandungi dua bilik darjah dan sebuah pejabat. Kerajaan juga telah membina sebuah rumah guru JKR 774. Dalam tahun 1968, JKR telah mengakui bahawa bangunan asal sekolah tidak selamat lagi untuk digunakan.
Dalam tahun 1973 Kementerian Pelajaran telah membina satu blok bangunan
2 tingkat yang mengandungi 4 buah bilik darjah dan 3 buah bilik ubah suai serta sebuah pejabat. Sebuah kantin juga turut dibina. Dalam tahun 1983 , sebuah lagi rumah guru telah dibina iaitu JKR 1474.

No comments:

Post a Comment